PENGAROH FILEM
Search This Blog
MEDANG ILMU
Friday, June 24, 2011
Thursday, June 23, 2011
"Ingat kita takut?!" — Videos fuel Bersih's appeal online
"Ingat kita takut?!" — Videos fuel Bersih's appeal online
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, Jun 23: There is never a shortage of online video clips on Malaysian politics, but these two latest promotional clips in the run-up to the Bersih rally are making waves on the internet through various websites and blogs, including on YouTube. |
Malaysia tempah babak seterusnya
sukan@utusan.com.my
|
|
KUALA LUMPUR - Mohd. Irfan Fazail dan Wan Zack Haikal Wan Nor memastikan Malaysia mara ke saingan peringkat kumpulan bola sepak Kelayakan Olimpik 2012 selepas jaringan mereka menumpaskan Lebanon 2-1 pada perlawanan kedua pusingan kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.
Kedua-dua gol yang hadir seawal minit ketujuh dan 40 itu turut membawa skuad bawah 22 tahun negara bimbingan Ong Kim Swee menang 2-1 secara agregat setelah terikat tanpa jaringan di Stadium Sports City, Beirut, Ahad lalu.
Pasukan pelawat yang dibimbing Samir Saad bagaimanapun cuba menyaingi ketika tuan rumah pincang beraksi dengan 10 pemain, malah berjaya merapatkan kedudukan menerusi Chadi Atie pada minit ke-64 setelah tuan rumah kehilangan pemain tengahnya, Gary Steven Robbat pada babak kedua kerana menerima kad kuning kedua.
Lebanon juga lebih awal menguji penjaga gol tuan rumah, Khairul Fahmi Che Mat menerusi tandukan Mahmoud Kojok pada minit keempat dan Mohamad Haidar (keenam) yang bagaimanapun hanya terus kepada dakapan pemain Kelantan itu.
Hanya seminit kemudian, tuan rumah menunjukkan sentuhan siapa sebenarnya yang lebih tepat dalam gerakan penyudahan apabila membuka tirai gol hasil rembatan kaki kanan Mohd. Irfan Fazail.
Ia berpunca daripada sepakan sudut dari sebelah kiri oleh Mohamad Muslim Ahmad dan selepas satu percubaan jarak dekat pertama sempat diadang pemain lawan lantas stadium bergema dengan sorakan gol diraikan lebih 10,000 penyokong.
Permainan tiba-tiba diberhentikan pada minit ke-27 kerana pengadil Jepun, Toma Maasaki mengadu terdapat pancaran cahaya laser daripada penonton.
Menyambung aksi seminit kemudian, Mohamad Fandi Othman bagaimanapun mensia-siakan pula sepakan bebas tidak jauh dari petak penalti untuk menambah gol.
Minit ke-30 menyaksikan Wan Zack Haikal Wan Nor pula melepaskan peluang keemasan dengan rembatan yang tersasar daripada umpanan leret cantik Gurusamy Govandar Kandasamy yang mengatasi dua pemain pertahanan lawan.
Pada minit ke-38, satu lagi kesempatan gol buat Lebanon terbentang menerusi Haidar yang melepaskan rembatan kaki kirinya dan menewaskan Khairul Fahmi, namun hanya palang menjadi penghalang yang menghampakan pelawat.
Stadium Nasional gamat sekali lagi dengan sorakan ceria penonton apabila Wan Zack Haikal yang mendapat satu lorongan bola cantik Gary Steven Robbat menolak masuk gol kedua Malaysia sekali gus menghampakan lagi penjaga gol lawan, Mohamad Dakramanji yang cuba meluru keluar.
Meraikan gol kedua yang menjarakkan kedudukan sehingga separuh masa pertama tamat, ribuan penyokong negara berpadu tenaga untuk menyanyikan lagu patriotik, Barisan Kita.
Malang menimpa Malaysia yang terpaksa bermain dengan 10 orang sebaik sahaja permainan babak kedua mencecah lima minit apabila Gary Steven dikenakan kad kuning kedua oleh Maasaki kerana mengasari Mohamad Haidar.
Malang berganda tiba pada minit ke-64 yang menyaksikan Lebanon merapatkan kedudukan 1-2 menerusi tandukan Chadi Atie yang menewaskan Khairul Fahmi malah Mohamad Muslim yang cuba mengeluarkan bola di garisan gol, masih gagal menyekatnya.
MALAYSIA: Khairul Fahmi Che Mat, Mohamad Muslim Ahmad, Mohd. Affize Faisal Mamat (Wan Zaharulnizam Zakaria), Mohamad Fadhli Mohd. Shas, Mohd. Irfan Fazail (Izzaq Faris Ramlan), Syahrul Azwari Ibrahim (Abdul Shukur Jusoh), Gurusamy Govandar Kandasamy, Gary Steven Robbat, Muhammad Zubir Mohd. Azmi, Wan Zack Haikal Wan Nor, Mohamad Fandi Othman.
LEBANON: Mohamad Dakramanji, Jad Noureddine, Mohamad Haidar, Omar Ouaida, Nour Mansour, Haytham Faour, Ali Bazzi, Chadi Atie (Mustapha Chahine), Kassem Leila, Mahmoud Kojok, Abdallah Taleb
Datuk T didakwa Jumaat ini
KUALA LUMPUR - Selepas dua kali dikhabarkan ’Datuk T’ akan dihadap ke muka pengadilan berhubung kes tayangan video seks yang didakwa mirip seorang pemimpin kanan pembangkang, akhirnya tiga individu berkenaan diminta hadir ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta esok untuk pendakwaan.
Seorang daripada mereka, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, memaklumkan mengenai perkara itu dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada beberapa pemberita semalam.
Dalam kiriman SMS itu, ahli perniagaan berkenaan memberitahu, beliau diminta hadir di mahkamah tersebut pada jam 8 pagi, Jumaat.
SMS itu menyebut: ‘Datuk ‘T’ akan dicharge di Mahkamah Jalan Duta pada jam 8 pagi, 24 Jun 2011. Harap maklum.’
Shazryl Eskay mengesahkan mengenai pemakluman berkaitan arahan itu secara lisan ketika dihubungi Sinar Harian pada kira-kira jam 2.30 petang, semalam.
“Yes confirmed (sah),” katanya yang ketika itu dalam perjalanan dari Kedah ke Kuala Lumpur.
Selain beliau, dua lagi ‘Datuk T’ ialah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Agung Perkasa, Datuk Shuib Lazim.
Mereka individu yang bertanggungjawab menayangkan rakaman video seks berkenaan kepada beberapa wakil media di hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.
Shazryl Eskay berkata, bagaimanapun, beliau masih belum mengetahui mengenai pendakwaan tersebut akan dibuat mengikut Seksyen Kanun Keseksaan yang mana kerana belum mendapat notis sebenar.
Mengenai SMS beliau itu katanya, itu hanya notis awal yang dimaklumkan kepada beliau.
“Kami disuruh ke mahkamah. Jadi kami akan ke mahkamah pada Jumaat ini,” katanya.
Sebelum ini terdapat dakwaan mengatakan trio ‘T’ berkenaan berkemungkinan didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengedar bahan lucah.
Pada 21 Mac lalu, tindakan mereka mengejutkan negara setelah bertindak mempertontonkan rakaman aksi seks yang didakwa pelakunya seorang pemimpin tinggi PKR bersama seorang wanita muda, dikatakan seorang pelacur.
Video hitam putih mengandungi rakaman aksi seks individu berkenaan difahamkan dirakam di sebuah hotel.
Rakaman tersebut kemudian berlegar di Internet, termasuk di beberapa blog terkemuka setelah dimuat naik oleh pihak tertentu.
Malah beberapa individu, termasuk ahli politik, mendakwa menerima salinan rakaman video seks itu.
Suspek hina Agong serah diri
Suspek hina Agong serah diri
KUALA TERENGGANU- Salah seorang suspek yang dipercayai menggunakan laman sosial menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menyerah diri di Balai Polis Kuala Terengganu, Isnin lalu.
Suspek, 24 tahun beralamat di Taman Sri Aman, Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan merupakan bekas pelajar Kolej PTPL, Kota Bharu menyerah diri kira-kira jam 8 malam setelah ‘menghilangkan’ diri sejurus mengetahui dirinya diburu.
Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner Datuk Jamshah Mustafa berkata, suspek yang menggunakan nama samaran ‘Nik Rabani’ turut membawa barang kes iaitu sebuah komputer riba, satu alat pengecas dan satu tetikus ketika menyerah diri di hadapan pejabat Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Terengganu.
“Walaupun suspek dengan sukarela menyerah diri dan mengaku bersalah di atas tindakannya itu tetapi kita tetap mengambil tindakan terhadapnya kerana kesalahan sudah dilakukan.
“Diharapkan selepas ini, ia dapat menjadi pe-ngajaran kepada orang ramai agar jangan sesekali menggunakan laman sosial sebagai tempat bergurau yang melampaui batas,” katanya kepada media dalam satu sidang media, semalam.
Menurut Jamshah, suspek yang kini tidak bekerja ditahan reman selama empat hari sehingga 24 Jun ini untuk siasatan di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan.
Manakala seorang lagi suspek yang dikenal sebagai ‘Kay Shakila’ kini masih diburu.
Sebelum ini, Sinar Harian keluaran 15 Jun menyiarkan Kelab Peminat Terengganu (Terengganu FC) membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga, di sini selepas menyedari dua individu dipercayai penyokong sebuah pasukan bola sepak tanah air, sanggup menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengguna laman sosial.
Dua individu berkenaan bertindak mengubahsuai gambar Yang di-Pertuan Agong serta mengeluarkan komen yang mempersendakan Ketua Negara Malaysia dengan mengaitkan baginda dengan perlawanan akhir Piala FA yang menjadi milik Terengganu.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur itu, Skuad Penyu itu menewaskan pasukan Red Warriors 2-1.
MARI KITE BLAJO UNDANG-UNDANG (BKN PAS BUAT)
Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.
(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)—
- (a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;
- (b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;
- (c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.
ANOK TRANUNG, GUANE KIREE
Perlembagaan Persekutuan Malaysia/Kebebasan Asasi
Perkara 5. Kebebasan diri
(1) Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang.
(2) Jika pengaduan dibuat kepada Mahkamah Tinggi atau mana-mana hakim Mahkamah Tinggi menyatakan bahawa seseorang sedang ditahan dengan menyalahi undang-undang, maka mahkamah itu hendaklah menyiasat pengaduan itu dan, melainkan jika mahkamah itu berpuas hati bahawa tahanan itu adalah sah, hendaklah memerintahkan supaya orang itu dibawa ke hadapan mahkamah itu dan melepaskannya.
(3) Jika seseorang ditangkap maka dia hendaklah diberitahu dengan seberapa segera yang boleh alasan-alasan dia ditangkap dan dia hendaklah dibenarkan berunding dengan dan dibela oleh seorang pengamal undang-undang pilihannya.
(4) Jika seseorang ditangkap dan tidak dilepaskan, maka orang itu hendaklah tanpa kelengahan yang tidak munasabah, dan walau bagaimanapun dalam tempoh dua puluh empat jam (tidak termasuk masa apa-apa perjalanan yang perlu) dibawa ke hadapan majistret dan orang itu tidak boleh ditahan dalam jagaan selanjutnya tanpa kebenaran majistret itu:
Dengan syarat bahawa Fasal ini tidaklah terpakai bagi penangkapan atau penahanan mana-mana orang di bawah undang-undang yang sedia ada yang berhubungan dengan kediaman terhad, dan kesemua peruntukan Fasal ini hendaklah disifatkan telah menjadi suatu bahagian perlu Perkara ini mulai dari hari Merdeka:
Dengan syarat selanjutnya bahawa dalam pemakaiannya bagi seseorang, selain seorang warganegara, yang ditangkap atau ditahan di bawah undang-undang yang berhubungan dengan imigresen, Fasal ini hendaklah dibaca seolah-olah perkataan "tanpa kelengahan yang tidak munasabah, dan walau bagaimanapun dalam tempoh dua puluh empat jam (tidak termasuk masa apa-apa perjalanan yang perlu)" telah digantikan dengan perkataan "dalam tempoh empat belas hari":
Dan dengan syarat selanjutnya bahawa dalam hal penangkapan bagi sesuatu kesalahan yang boleh dibicarakan oleh mahkamah Syariah, sebutan dalam Fasal ini mengenai majistret hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk sebutan mengenai hakim mahkamah Syariah.
Wednesday, June 22, 2011
Presiden PAS seru semua ahli sertai Bersih 2.0
KUALA LUMPUR, 23 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan semua ahli dan penyokong PAS agar datang ke Kuala Lumpur pada 9 Julai ini bagi menyertai perhimpunan Bersih 2.0.
"Saya menyeru semua ahli dan penyokong PAS menyertai perhimpunan Bersih 9 Julai ini untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil," kata Abdul Hadi dalam sidang media bersama Harakah di Pejabat Agung PAS, dekat sini sebentar tadi.
Perhimpunan Bersih 2.0 akan diadakan di Kuala Lumpur 9 Julai ini. Pengerusi Bersih 2.0 adalah bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Srenevasan.
Bersih 2.0: Lawyers for Liberty anjur bengkel Afiq Hizami, pelatih UKM KUALA LUMPUR, 22 Jun: Lawyers for Liberty (LFL) akan menganjurkan satu beng
Bersih 2.0: Lawyers for Liberty anjur bengkel
Afiq Hizami, pelatih UKM |
KUALA LUMPUR, 22 Jun: Lawyers for Liberty (LFL) akan menganjurkan satu bengkel terbuka berhubung hak anda berhadapan polis sempena perhimpunan Bersih 2.0 yang dijadual 9 Julai ini. Menurut Penasihat LFL, Latheefa Koya, bengkel itu diadakan bagi memberi pendedahan berhubung apa yang hendak mereka lakukan sekiranya ditangkap dan dipukul oleh pihak polis. "Justeru itu, kita mahu mereka semua bersedia dalam menyertai perhimpunan ini agar mereka tidak takut mahupun gentar apabila terdapat sebarang tindakan yang dilakukan oleh polis semasa dalam perhimpunan itu nanti. "Oleh itu saya menasihatkan pada orang ramai supaya tidak panik dan gusar untuk berhimpum dalam perhimpunan Bersih 2.0 ini kerana dengan pendedahan yang kita akan berikan pastinya mereka akan mendapat perlindungan dari segi undang-undang yang sewajarnya," ketika dihubungi Harakahdaily. Bengkel yang bertajuk Bersih 2.0: LFL "Right To March!"-Hak Anda Berhadapan Dengan Polis ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh peguam hak asasi N Surendran dan bersama dengan peguam-peguam LFL yang lain. Bengkel tersebut dijadual diadakan pada tarikh 30 Jun 2011 pada hari Khamis bertempat di Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH), Jalan Maharajalela Kuala Lumpur. Ia akan bermula jam 8.30 malam hingga 9.30 malam. Kepada mereka yang berminat untuk mengikuti bengkel ini boleh mendaftar dengan cara menghantar email kepada sumber: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3949-bersih-20-lawyers-for-liberty-anjur-bengkel |
Katanya, ia sebagai warm up (persiapan) bagi membangkitkan semangat dan persediaan seluruh rakyat bagi menyertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.
“Saya menegaskan bahawa pada 2 Julai ini tidak perlu diadakan sebarang himpunan, cukup sekadar setiap warga khususnya anak-anak muda memakai baju kuning Bersih 2.0 sebagai tanda sokongan kita terhadap himpunan aman ini serta persiapan mental dan spiritual sebelum turun ke medan Himpunan Bersih 2.0 kelak.
“Ayuh kita bersama-sama kuningkan seluruh negara pada 2 Julai 2011 ini. Kepada mereka yang masih belum memiliki baju Bersih 2.0, sila dapatkannya di pasaran dan pastikan semua warga muda negara memakainya dan seterusnya turun ke Kuala Lumpur untuk menyertai Himpunan Bersih 2.0,” ujarnya.
Jelasnya, rasional seruan itu adalah sebagai warm up (raptai) permulaan bagi menghadapi Himpunan Bersih 2.0.
Tambahnya, ia juga sebagai menunjukkan sokongan rakyat Malaysia terhadap himpunan aman nanti dengan mengharapkan Malaysia menjalankan sistem pilihan raya yang bersih dan adil di masa akan datang.
Ini juga, ujarnya membuktikan bahawa semua lapisan rakyat yang akan hadir ke himpunan aman Bersih 2.0 adalah mereka yang cintakan keamanan dan keadilan sejagat tanpa menanam apa-apa sentimen sempit dan ingin menunjukkan bahawa himpunan nanti tidak memberikan kesan negatif terhadap negara.
Selain itu, katanya 2 Julai sebagai hari memakai baju kuning sebagai tarikan atau promosi terhadap rakyat Malaysia yang lain agar turut sama mengambil bahagian menyertai himpunan itu.
“Perlu diingatkan, bahawa himpunan aman pada 9 Julai nanti adalah sebahagian daripada proses demokrasi yang matang dan menjadi hak rakyat Malaysia berhimpun bagi menunjukkan sikap dan perasaan mereka,” katanya.
sumber: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3946-2-julai-pra-himpunan-aman-bersih-20